Halaman Tetap

Sorotan

RMR di Malaysia Fest 2018

Salam semua. Pihak RMR ingin mengucapkan jutaa terima kasih kepada semua yang hadir mewakili komuniti Riyadh di MalaysiaFest Jubail 2018. Al...

Ahad, 11 Februari 2018

RMR di Malaysia Fest 2018

Salam semua. Pihak RMR ingin mengucapkan jutaa terima kasih kepada semua yang hadir mewakili komuniti Riyadh di MalaysiaFest Jubail 2018. Alhamdulillah misi ukhuwwah kita tercapai disamping berkesempatan menikmati juadah dan membeli barangan jualan. Alhamdulillah kita juga telah menghantar wakil bertemu keluarga Allahyarham Iskandar bagi menyampaikan sedikit sumbangan dari pihak kita semua. Syukur juga semuanya selamat sampai ke Riyadh tanpa apa2 masalah dan musibah. Semoga Allah menerima semua amalan kita dan jumpa lagi di program yang akan datang. Sekian wassalam. -RMR 2018

Isnin, 5 Februari 2018

Pelancaran Tabung Derma Kilat Allahyarham Mohd Iskandar Maaris

Dukacita dimaklumkan kita telah kehilangan seorang lagi rakyat Malaysia di Jubail pada 30 Januari 2018 jam 0505; Mohd Iskandar bin Maaris (39 tahun) berkhidmat di SADARA sebagai Senior Console Operator. Punca kematian diklasifikasikan sebagai "Mati Mengejut". Alhamdulillah, Arwah telah selamat disemadikan selepas solat Maghrib pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Jubail. Arwah telah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak berumur 12, 10, 6, dan 2 tahun. Sehubungan dengan itu, Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) telah melancarkan tabung derma khairat bagi membantu menguruskan keluarga arwah dan meringankan beban yang bakal ditanggung oleh keluaga arwah sehingga mereka kembali ke tanah air.

Kepada warga Riyadh yg berhasrat utk memberi sumbangan, bolehlah salurkan melalui:

AJK Kebajikan RMR - Dr. Ahmad Fauzi Abas 0548404765
Pengerusi RMR - Tuan Haji Md. Baithori Kamdi 0536647216
Sri Wangi: En. Rizal - 0500071430
IIR: Dr. Fariza - 0563300419
PPMR: Ustaz Talhah - +60195202784 (Whatsapps)
Hospital: Pn. Shameera - 0549970632
Keretapi: En. Asrul - 0561477120
Universiti: Dr. Zainurin - 0539080270

Kutipan dibuka sehingga 12hb. Februari dan kemudiannya akan diserahkan kpd Bendahari KRMJ.

Semoga amalan yang baik mendapat balasan yang setimpal kelak.

Wassalam.

Jumaat, 2 Februari 2018

Penyampaian Sumbangan Derma Kilat RMR

Alhamdulillah serahan kutipan derma kilat daripada warga Riyadh berjumlah SAR7000 telah dilaksanakan melalui wakil keluarga Allahyarham, Saudara Zulkifli. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Riyadh yang prihatin.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan sumbangan anda semua.