Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kenyataan Media SPR bertarikh 22hb Januari 18 adalah dirujuk. RMR menyeru agar semua warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak mengundi namun tidak merancang pulang membuang undi di Malaysia, untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi Pos di dalam Pilihanraya Umum ke -14 (PRU14) yang akan datang.
Maklumat berkenaan pendaftaran boleh dicapai melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my.
Marilah bersama kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia melalui sistem demokrasi berparlimen iaitu memilih melalui sistem pilihanraya yang telus dan aman.
Jawatankuasa RMR 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan