Halaman Tetap

Sorotan

RMR di Malaysia Fest 2018

Salam semua. Pihak RMR ingin mengucapkan jutaa terima kasih kepada semua yang hadir mewakili komuniti Riyadh di MalaysiaFest Jubail 2018. Al...

Jumaat, 20 Januari 2017

Penutupan Derma Kilat Hj Zuraili

Semalam, 18 Jan 2017 adalah hari penutupan kutipan Derma Kilat bagi keluarga Allahyarham Hj Zuraili.

Alhamdulillah, RMR berjaya mengutip sumbangan dari warga Riyadh yang prihatin sejumlah SAR 11,170.00.




Semoga kutipan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga Allahyarham.
Insyallah kutipan akan diserahkan secara terus kepada wakil KRMJ yang hadir di Riyadh didalam masa terdekat ini.

Pihak RMR mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang diatas sokongan dan keprihatinan. "Hari ini hari mereka.." Insyallah sama-sama kita doakan seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah dan bersabar di atas ujian ini.

Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin ya Rabbal alameen.

Sekian salam hormat dan terima kasih.
Bendahari RMR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan