Halaman Tetap

Sorotan

RMR di Malaysia Fest 2018

Salam semua. Pihak RMR ingin mengucapkan jutaa terima kasih kepada semua yang hadir mewakili komuniti Riyadh di MalaysiaFest Jubail 2018. Al...

Ahad, 28 Mei 2017

Iftar Perdana RMR

Program Majlis Ramah Mesra & Iftar Perdana Rakyat Malaysia di Riyadh

Satu program Iftar Perdana 2017 akan dilangsungkan pada 2 Jun 2017 bersamaan 7 Ramadan 1438. Program anjuran RMR ini akan diadakan di Istirehah dan terbuka kepada semua Rakyat Malaysia yang berada di Riyadh.

Sahkan kedatangan anda di sini: Daftar Iftar RMR 2007

MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh2 Jun 2017 / 7 Ramadhan 1438
HariJumaat
TempatIstirehah Jalan Dammam (rujuk sisipan lokasi)
Masa4 petang hingga 11 malam
JemputanSemua Rakyat Malaysia di Riyadh (muslim dan non-muslim)

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

LOKASI ISTIRAHAH

ATUR CARA MAJLIS

MasaAcara
5:30 petangKehadiran Para Tetamu
6:40 petangIftar dan Makan Malam
7:00 malamSolat Maghrib Berjemaah
8:00 malamSessi Pengenalan RMR
9:15 malamSolat Isya' & Tarawih Berjemaah
Di Masjid (Lelaki) / Istirahah (Perempuan)
11:00 malamPenutupan Majlis dan Bersurai


MATLAMAT PROGRAM

Mengeratkan silaturahim sesama Rakyat Malaysia di Riyadh.
Mengimarahkan Bulan Ramadhan.
Memperkenalkan RMR pada Rakyat Malaysia di Riyadh.
Membuka peluang untuk bersedekah dan menyumbang kepada aktiviti Rakyat Malaysia.

SUMBANGAN UNTUK PROGRAM RMR

Pihak RMR amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk kewangan atau keperluan lain bagi menjayakan program-program kami termasuk Iftar perdana ini.
Sumbangan Iftar perdana Sumbangan yang boleh dibuat berbentuk:
Wang, Air Minuman (Air Mineral, Air Bikarbonat), dll
Sumbangan boleh diserahkan di:
Rumah Komuniti Riyadh (RKR), No 13, Apartment Sri Wangi, Izdihar, Exit 7, Riyadh
Sumbangan am RMR Sila hubungi AJK RMR bagi menyalurkan sumbangan ke dalam Dana RMR

PENYEDIAAN JUADAH IFTAR PERDANA

Juadah utama akan disediakan secara rewang oleh AJK RMR dan Ibu Ibu Riyadh.
Kami juga mengalu-alukan hadirin yang ingin menambah juadah bagi memeriahkan lagi majlis

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

En. Nasri0506625358
En. Naqiuddin0502787287
Dr. Fauzi0548404765
En. Baithori0536647216
Pn. Maheran0531676059
Pn. Sofi0562382044

Tiada ulasan:

Catat Ulasan